Khamis, 10 Mei 2012

katak oh katak

Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. Tiba-tiba 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang lalu seekor dari mereka menjerit. Katak-katak yang lain menyedari dan mengelilingi lubang tersebut. Lubang itu terlalu dalam. Kelihatan dua ekor katak itu sedang berusaha melompat keluar. katak2 lain pun berteriak "alahai tak payah lompat sangat la memang ajal korang dah sampai. Korang tak kan dapat keluar punya." Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar walau dihujani tomahan. Namun akhirnya salah satu katak itu menyerah lalu mati. tinggal lagi seekor yang nampak degil dan tetap berusaha. walaupun rakanya yang lain mengesanya berputus asa. dia berusaha melompat sambil tersenyum girang dan tertawa. Dengan satu lompatan yang kencang, ia berhasil sampai ke atas. Katak-katak yang lainnya hairan dan bersorak bangga dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya " kau tak dengar ker tomahan kami?" Lalu katak itu tertawa gembira dan memeluk rakan2nya. Tiada kata yang mampu dia ucapkan dan hanya membiarkan rakan2 nya bertanya sesama sendiri. Kejadian ini sangat istimewa. Setelah diamati katak2 yang lain sedar bahawa dia adalah katak yang istimewa dia pekak dan bisu. Namun dia menyangka tomahan itu seruan semangat untuknya. NOTE: Kata-kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' akan dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-harinya. Sebaliknya kata-kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' dapat membunuh mereka. Berhati-hatilah dengan apa yang ingin diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengertikan bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan. Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusasaan, kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya. Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'semangat' kepada mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan