Isnin, 28 Mei 2012
.
Golongan orang yang dirugikan Allah dunia dan Akhirat adalah orang yang hanya taat separuh separuh sahaja. Yakni orang yang beriman tanpa sungguh -sungguh.
Jika Allah memberi nikmat kepadanya dia tetap dalam keadannya dan jika Allah mendatangkan musibah dia akan melencong akidah. sesungguhnya mereka dalam kerugian yang nyata.
"'surah AL Hajj ayat 11'"
Memang ada orang macam nie. Islam atas nama. Jika mendapat ujian hilang pertimbangan. contohnya, (mcm karangan lak ada contoh)
Ujian harta - menjadi punca kesombongan ketamakkan,ujian kewangan - minum arak berjudi, ujian keluarga -tidak sabar, menderhaka.
Ujian pekse - huhu meniru
Semoga kita tidak tergolong dalam lingkungan ini.
Analoginya, cuba kita bayangkan kalau kita masuk sesuatu pertandingan untuk menjadi juara kita perlu bersungguh -sungguh. At least dapat tempat pertama, kedua atau ketiga. Kita kena ikut peraturan pertandingan dan sanggup menerima pelbagai syarat pertandingan. Nak menang la katakan. then kte menang dapat hadiah dan habuan. Tp jika kte tak menang kita hanya dapat penat dan kerugian. Memang kita akan dapat pengalaman, tp bermakna ke pengalaman yang kita dapat tanpa berusaha. Mungkin hanya layak di panggil pengajaran.
Analogi lain, ada ker majikan yang nak gajikan pekerja yang pemalas, x dengar arahan, dan sambil lewa. wat meluat bos jer an. silap2 lambung kat sungai je.. ada ker isteri atau suami yang nak pasangan yang suka mungkir janji? Bayangkan pula kerenah kita pada pencipta. Allah Maha pengampun.
Setiap gerakan kehidupan perlu disertai komitmen dan kesungguhan. Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan. Pentingnya kesungguhan ini harus kita aplikasikan dalam amalan beragama. Insyallah orang yang bersungguh ini pasti mendapat tempat di dunia dan akhirat. Persoalannya sejauhmana usaha kita pada agama yang boleh dilabelkan sebagai umat yang bersungguh-sungguh.
Saya sendiri masih sedang mencari kelemahan saya. terlalu banyak untuk dipelajarindan diamalan. Jika hari ini kita hanya solat lima waktu, maka tinggkatkan dengan menghayati makna bacaan solat itu. jika hari ini kita jarang membaca al quran, tingkatkan bacaan setiap hari dengan membaca mahfumnya. Jika hari ini kita kurang bersopan berusahalah menjaga tingkah untuk menjadi orang yang beraklak. Semua ini perlu saya lakukan. Anda bagaimana?
Bak kata pepatah, "Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenggan" "alang2 genggam bara api biar sampai jadi abu" "alang2 menjadi Islam biar layak dikasihi yang satu".
Ahad, 27 Mei 2012
Fenomena jual beli yang tidak adil, wujud unsur penipuan dan syubhah perlu dihadapi oleh pengguna secara bijaksana dan berhikmah. Penyelewengan pengusaha ini wujud di mana jua terutama di laman maya. Kelalaian dan kekurangan pengetahuan pengguna telah membenarkan penyelewengan ini berlaku. Pengguna sering melupai hak mereka. Sekiranya ditipu atau tidak berpuas hati dengan pembelian sesuatu barang dan perkhidmatan, pengguna berhak untuk bersuara dan mendapat ganti rugi. Suara–suara pengguna inilah yang akan mengubah kekangan yang berlaku dalam masyarakat sekiranya disampaikan dengan telus dan berkesan. Malangnya pengguna yang tampil membuat aduan dalam konteks masyarakat Malaysia pula amat sedikit dan tidak mampu membina benteng perlindungan yang berkesan untuk tempoh yang panjang. Lantaran itu rakyat harus bangkit membuat aduan setiap kali diperdaya atau ditindas oleh pengeluar dan penjual yang tidak bertanggungjawab. Pengguna boleh merujuk kepada badan organisasi yang melindungi pengguna untuk mendapatkan pendekatan dan pendedahan yang bersesuaian. Oleh itu, penyampaian aduan haruslah berkesan dan efisien agar kemaslahatan ini cepat di rungkai.
Merujuk kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang berpusat di Petaling Jaya Selangor, pengguna boleh mengemukakan aduan mereka menggunakan pelbagai cara dan etika seperti berikut:
a) Tindakan sendiri.
Mulakan dengan membuat sedikit protes dengan cara berhenti daripada menggunakan barang dan perkhidmatan yang berkenaan. Jika masalah yang dihadapi melibatkan tuntutan, kita perlu berhadapan dengan penjual secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian. Bersemuka adalah cara yang lebih cepat jika dilakukan dengan bijaksana. Pengguna perlu membawa barang, resit dan bukti pembelian bersama-sama sebagai bukti.
b) Aduan melalui telefon.
Pengguna juga boleh membuat aduan melalui telefon. Pengguna boleh membuat panggilan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap barang yang menimbulkan masalah kepada mereka. Kebiasaannya, pengguna akan diminta untuk datang semula ke kedai atau pasar raya yang berkenaan dengan membawa barangan yang terlibat serta sebarang dokumen yang boleh menjadi bukti aduan. Beberapa teknik dan cara yang tepat perlu bagi menghasilkan panggilan yang berkesan. Catatkan nama orang yang telah bercakap dengan kita mengenai aduan itu, tarikh, masa, nombor aduan serta apa yang telah diperkatakan.
c) Aduan secara bertulis.
Pengguna juga boleh membuat aduan secara bertulis. Ini merujuk kepada surat aduan yang mengandungi butir-butir yang berkaitan aduan kepada penjual. Sekiranya pengguna mempunyai surat jaminan atau waranti, sertakan salinannya bersama-sama surat aduan.
d) Tindakan secara kolektif.
Pengguna boleh mengambil tindakan secara kolektif dengan mengumpulkan pengguna yang mengalami masalah yang sama untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa.
Pengguna juga boleh menggunakan bantuan media masa untuk dijadikan medium penyampaian aduan mereka seperti akhbar, majalah dan liputan daripada siaran televisyen. Sungguhpun pelbagai cara tersedia untuk dilakukan, pengguna harus bijak mempraktikkan teknik aduan mereka agar lebih berkesan.
Oleh itu, teknik pengaduan juga harus diperbaiki agar bersesuaian dengan krisis pengguna. Menurut John Tschohl dalam bukunya Pelanggan Adalah Raja telah menggariskan sepuluh panduan untuk membuat pengaduan yang berkesan. Langkah yang diketengahkan sangat bersesuaian untuk dijadikan panduan serta bertepatan dengan piawaian hak-hak pengguna yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia.
Pertamanya, pengadu perlu memastikan kes yang diketengahkan mempunyai fakta yang tepat dan lengkap. Pengadu perlu merujuk semula maklumat berkaitan dengan peristiwa yang berlaku seperti tarikh, nama dan lokasi kejadian. Maklumat yang tepat perlu dikumpul dan didokumenkan. Pernyataan yang dikemukakan juga memerlukan bukti dan hendaklah dilampirkan bersama. Antara dokumen tersebut ialah resit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan surat-surat yang berkaitan. Semua dokumen ini amat berguna apabila kita ingin membuat aduan. Selain itu, dokumen yang berkaitan dengan pihak pengadu dan pihak pengusaha seperti maklumat syarikat pengusaha harus diberi kepada agensi yang menerima aduan. Dapatkan nama dan jawatan orang yang berurusan dengan kita bagi mengukuhkan aduan. Terdapat juga pengguna yang peka dengan membuat rakaman ketika mengalami krisis dalam urusan perkhidmatan yang diterima. Langkah ini wajar diteladani dan boleh dijadikan bukti yang kukuh.
Sebagai langkah keselamatan, pengguna perlu mewujudkan sebuah dokumen yang berkaitan dengan urusan jual beli. Maklumat yang penting dan berkaitan perlu disimpan dalam fail atau dokumen tersebut agar dapat membantu kita semasa membuat aduan. Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu masalah berkaitan dengan pembelian. Kita boleh menaipnya dan menyusunnya semula dalam satu dokumen yang lengkap dan boleh menyokong aduan kita.
Kedua, pastikan aduan yang dibuat mengandungi tuntutan yang jelas. Tuntutan yang jelas bermakna pengguna menetapkan tindakan yang harus dilakukan oleh syarikat terbabit. Pengguna perlu meminta penyelesaian atau tindakan yang khusus agar pihak berkenaan jelas terhadap permintaan mereka. Pengguna wajar membuat tuntutan yang bersesuaian dengan kerugian yang dialami. Cara ini lebih berkesan daripada memberikan pihak syarikat membuat tindakan sendiri.
Pengguna juga perlu mengetahui undang-undang berkaitan kepenggunaan dalam membuat tuntutan. Nyatakan tuntutan yang bertepatan dengan piawaian undang-undang di Malaysia. Rujuk kepada undang-undang atau akta yang berkaitan dengan perkara yang diadu. Sebagai contoh, merujuk akta perlindungan pengguna 1999 yang mengetengahkan pelbagai hak pengguna boleh dibidas semula jika kita gagal diberikan hak yang sewajarnya. Oleh itu, kita perlu menyatakan peruntukan undang-undang yang berkaitan di dalam surat aduan atau panggilan. Tindakan ini mencerminkan sikap pengguna yang peka dan prihatin. Pengguna yang berpelajaran mampu mempengaruhi tindakan pengusaha untuk mengikuti lunas undang-undang.
Segelintir pihak syarikat melihat bahawa pengguna tidak layak untuk membuat tuntutan. Hakikatnya, pengguna wajar menuntut hak sendiri. Kita tidak boleh berdiam diri. Kebanyakan di antara kita tidak mahu membuat tuntutan kerana perkara sebegini jarang dibuat dan pengguna tidak yakin untuk melaksanakannya.
Ketiga, bawa aduan kita kepada presiden syarikat jika tidak mendapat layanan atau tindakan pihak pengurusan atau bahagian khidmat pelanggan. Walaupun tindakan ini agak bertentangan dengan prosedur protokol, tetapi ia relevan jika permintaan kita ditolak oleh pihak bawahan. Jika orang yang melayani aduan kita nampaknya tidak mampu atau keberatan membantu, bawa aduan kita kepada penyelia atau ketuanya. Melalui cara ini kita mudah menerima tindak balas daripada aduan kita kerana pengurus atau president akan membawa masalah kita ke pengetahuan orang yang bertanggungjawab menguruskan masalah kita. Seterusnya layanan yang sepatutnya akan diberi kepada kita.
Selain membuat aduan, kita juga boleh memberi surat aduan kepada pihak atasan demi mendapatkan perhatian dengan lebih berkesan dan cepat setelah diabaikan oleh pihak bawahan. Kebanyakan syarikat sangat mengambil berat tentang kepuasan pelanggan. Lantaran itu, mereka tidak akan membiarkan pihak syarikat mengabaikan kepuasan anda. Tindakan seterusnya dari pihak syarikat perlu anda ikuti seperti mengadakan temu janji dan rundingan untuk mengatasi masalah anda dan meminta anda hadir menuntut ganti rugi.
Keempat, jangan kemukakan aduan kita kepada orang yang tidak mempunyai kuasa atau kewibawaan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini kerana permintaan kita tidak dapat tertunai seperti yang dikehendaki. Sebaliknya membuang masa pengguna. Bertindak bijak dengan membuat aduan kepada pihak yang tepat. Selain itu, kita tidak perlu memberi aduan kepada orang yang enggan memberi nama dan jawatan mereka. Kemusykilan kepada pihak yang menerima aduan akan menyebabkan pengguna tidak yakin terhadap keberkesanan aduan. Aduan yang hendak disampaikan mungkin akan melibatkan banyak pihak. Selain daripada pihak syarikat yang menyeleweng, kita juga boleh membuat aduan kepada pihak berwajib. Pengguna boleh mengemukakan aduan menggunakan pelbagai medium yang terdapat dalam negara. kita juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk membuat aduan.
Kelima, langkah seterusnya jika kita tidak menerima apa-apa tindak balas dari aduan terdahulu, pengguna perlu membuat aduan susulan dan mengulangi aduan untuk mendapatkan perhatian pihak terbabit. Situasi ini perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan tegas. Buktikan kita serius dan tidak main-main. Nyatakan bahawa kita tidak mahu masalah tersebut berlarutan tanpa sebarang tindakan daripada pihak syarikat. Lebih baik jika kita menyatakan untuk tidak mahu mengulangi aduan itu berkali-kali. Nyatakan pada kali pertama kita membuat aduan.
Keenam, bertutur dengan nada suara yang tegas dan berkeyakinan. Kajian menunjukkan mereka yang bertutur dengan tegas dan yakin telah menimbulkan persepsi yang positif pendengar dan penonton. Masyarakat yang bertutur dengan yakin dan serius dipandang berilmu dan disegani. Cuba kawal emosi kita ketika membuat aduan. Sekiranya kita tidak dapat mengawal perasaan, kita tidak akan dapat mengemukakan aduan secara berkesan. Bertenang dan susun strategi yang berkesan ketika membuat aduan.
Ketujuh, Kumpulkan fakta dan statistik. Pengguna boleh mengumpul data dan statistik berkaitan dengan perkara yang diadu untuk membuktikan kesahihan aduan mereka. Dapatkan bukti ketika menyedari berlakunya sesuatu masalah, cuba dapatkan maklumat lanjut yang boleh membantu pengguna dalam membuat aduan, contohnya mengambil gambar barangan yang rosak tersebut untuk dijadikan bukti. Lihat sama ada pengguna lain turut menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secara kolektif. Sedikit kajian perlu bagi menjadikan usaha kita berbaloi. Menurut John dalam bukunya seorang pengguna bertindak bijak dengan
Kelapan, kita juga harus bersikap rasional dalam membuat tuntutan pada aduan kita. Berikan tempoh yang masa yang berpatutan bagi pihak syarikat untuk mengambil tindakan. Jangan menuntut sesuatu yang tidak relevan atau tidak bersesuaian dengan tanggungan kita. Toleransi ini akan memberi keharmonian pada kedua pihak dan pengguna juga akan dapat ganti rugi daripada kerugian tanpa wujud ketegangan. Kebanyakan syarikat yang berkaliber tidak memerlukan banyak masa untuk membaiki kesilapan mereka. Lihat pada situasi pengguna yang mengadu. Jika pengguna membuat panggilan telefon dan aduannya mendapat perhatian, pengguna boleh menunjukkan rasa puas hati terhadap permintaannya. Jika sebaliknya anda perlu menggunakan alternatif lain contohnya menulis surat.
Kesembilan, anda perlu mendapatkan kepastian semula pada akhir perbualan atau aduan anda yang melibatkan persetujuan pihak terbabit. Anda perlu mengulangi segala persetujuan atau janji yang diberikan oleh wakil syarikat kepada anda. Wujudkan dialog dengan jelas tanpa segan silu seperti “Oleh itu, benarlah pihak tuan akan membayar semula kerugian saya sebanyak RM30.00. Saya akan hadir di premis tuan untuk mendapatkannya”. Atau, “ pastikan pihak tuan kredit kan kepada saya sejumlah RM30.00 dalam tempoh tiga hari sebagai tanda tanggungjawab pihak tuan”.
Langkah kesepuluh, Sentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduan mengikut kronologi termasuk panggilan telefon dan temu janji. Simpan salinan setiap bukti aduan yang anda hantar seperti surat, email, atau panggilan. Tindakan ini bertujuan untuk menjadi bukti tindakan anda dan menguji sejauh mana kecekapan pihak terbabit bertindak untuk menyelesaikan masalah anda mengikut ukuran masa. Jika penerima panggilan menunjukkan kesibukannya untuk melayani aduan anda, lebih baik anda membuat aduan melalui surat. Buat aduan secara bertulis. Pastikan perkara yang diadu dinyatakan dengan jelas. Surat tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Sekiranya perlu, lampirkan salinan dokumen asal. Pastikan anda tidak menghantar resit, kad jaminan dan bukti pembelian asal yang lain. Sebaik-baiknya, salinan surat tersebut turut dihantar kepada pihak-pihak lain yang boleh membantu mendapatkan penyelesaian, seperti agensi kerajaan yang berkenaan, persatuan pengguna yang berhampiran, persatuan penduduk atau akhbar-akhbar yang mempunyai ruangan khas aduan pengguna. Catatkan kekerapan anda membuat aduan. Catatkan juga respons daripada pihak terbabit.
Jika anda telah membuat aduan seperti cara-cara yang dinyatakan di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan penyelesaian dan memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi pihak berwajib. Pengguna Malaysia sangat beruntung kerana pihak kerajaan sangat prihatin terhadap nasib pengguna yang sering menjadi mangsa pengusaha yang tamak. Sebanyak 11 agensi perlindungan pengguna telah dibangunkan untuk dijadikan medium pengaduan. Antaranya adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA), Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jelas di sini, keprihatinan kerajaan melambangkan pentingnya usaha mengharmonikan fenomena jual beli yang telus dan saksama. Selain daripada berbangga, rakyat Malaysia harus bijak menggunakan khidmat yang ada untuk membantu kerajaan menangani masalah kepenggunaan yang berlaku dalam masyarakat melalui aduan. Oleh itu beberapa panduan boleh digunakan oleh pengguna untuk membuat aduan secara berkesan dan berhikmah.
Kesimpulannya, usaha untuk memurnikan urusan jual beli adalah cabaran besar buat anda jika anda mahu bermula. Kini majoriti pengguna Malaysia menganggap isu pengguna sebagai satu perkara remeh. Mereka cenderung menganggap pengadu bersikap aneh berbanding nasib yang dialami oleh si pengadu yang pedih. Kebanyakan mereka tidak mahu membesar-besarkan isu dan menganggap perkara ini membuang masa malah sesetengahnya hanya mampu mengeluh apabila mereka secara langsung terlibat dan perlu mendapat ganti rugi. Hal ini mungkin kerana pendidikan kepenggunaan yang kurang dalam kalangan rakyat dan situasi penindasan yang menjadi kebiasaan dalam senario kehidupan mereka. Penentangan yang wujud pula dianggap luar biasa. Lantaran itu, etika dan strategi dalam pengaduan harus proaktif dan efektif agar tindakan ini mampu mengubah corak kezaliman yang berleluasa hari ini. Sebagai pengguna yang lestari, kita perlu berfungsi sebagai insan yang berilmu dan berhikmah bagi menangani kekangan ini. Oleh itu, masyarakat dan pihak tertentu wajar bersikap siaga berdiri di paksi yang asli dan mencipta resolusi dalam urusan jual beli agar lebih lestari.
mimpi mahluk
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Asalamualikum.
saya gusar mimpi saya x keruan sejak kebelakangan ini. Sebelum ini saya bermimpi melihat warna hitam sahaja, kemudian mimpi membuang air besar dan dilihat orang, kemudian saya bermimpi warna putih sahaja dan selepas itu saya bermimpi memegang anak khinzir yang masuk kerumah saya.
Saya mahu bersamak tapi saya terjaga pula. Setelah itu saya bermimpi menaiki tangga ke suatu tempat. Selama 5 hari saya bermimpikan yang saya yakin ada alamat tersembunyi. Saya berharap agar tiada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga Allah membantu saya mengahdapi kesulitan yang mendatang. hurm^^ mood --- x sabar nk tahu mimpi untuk mlm ni pulak---
Sabtu, 26 Mei 2012
pengguna lestari
Bagaimanakah penggunaan lestari boleh membangunkan kualiti kehidupan yang tinggi terhadap pengguna.
Penggunaan secara lestari adalah amalan pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang mencapai tahap kualiti kehidupan yang tinggi yakni tidak berlaku pembaziran dan tidak memudaratkan pihak lain. Amalan penggunaan yang tidak lestari seperti penggunaan barang dan perhidmatan gaya hidup mewah dan membazir hanya mendatangkan kepuasan terhadap individu sahaja tetapi tidak terhadap masyarakat sekitar dan alam sekitar. Amalan yang tidak lestari ini akan menyebabkan lambakan sampah sarap, eksploitasi alam secara meluas dan menyebabkan kerosakan alam. Lantaran itu, pihak pengguna harus sedar akan pentingnya penggunaan lestari dalam menjamin kualiti kehidupan sejagat.
Antara contoh amalan penggunaan lestari adalah menggunakan barangan yang bebas bahan toksik dan pencemar alam atau barangan mesra alam yang terdiri daripada bahan organik, hijau dan di kitar semula. Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan di kitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan. Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.
Kurangkan penggunaan plastik atau polistirena dalam membungkus makanan kerana mengandungi bahan berasaskan petroleum dan tidak boleh di urai. Bahan tersebut adaah jenis degradasi yang boleh kekal selama beratus tahun. Bahan plastik ini lengai pada mikroorganisma, ultraungu, haba dan air. Plastik bukan sahaja menyebabkan masalah pelupusan tetapi juga memberi kesan kepada hidupan marin. Kini teknologi menggunakan bahan ubi kaya sebagai bahan membuat bekas makanan semakin kiat dijalankan. Oleh itu, pengurangan kegunaan bahan tersebut mampu mengekalkan kelestarian alam.
Mengelakkan pembaziran juga penting bagi menjamin kualiti kehidupan. Kehidupan secara bersederhana ini bukanlah bermaksud menjadi lebih miskin tetapi menggunakan sumber secara cekap dan berkhemah. Contohnya penggunaan elektrik dan air harus dijimatkan. Tutup suis elektrik yang tidak digunakan dan gunalah barangan elektrik yang rendah voltan bagi menjamin kelestarian sumber. Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global. Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti penggunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol. Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan. Penggunaan yang kreatif juga boleh meningkatkan penjimatan dan melestarikan sumber alam seperti menggunakan kayu api, kayu balak, pasir dan sumber air selain air paip seperti air hujan, tasik dan sungai. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman dan mencuci kereta. Oleh itu pengguna harus bijak menggunakan kaedah yang boleh meminimumkan pembaziran air.
Pengguna juga perlu mengelakkan daripada membeli barangan yang telah ada di rumah kerana mungkin barangan tersebut akan rosak kerana tidak digunakan. Masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan sebelum berbelanja. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan. Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang turut menjurus kepada amalan penggunaan lestari. Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan penggunaan kenderaan untuk ke tempat-tempat yang berdekatan. Galakan menggunakan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran dan golongan pendapatan rendah dapat menikmati sistem pengangkutan yang lebih baik. Penggunaan kenderaan awam juga dap mengelakkan kesan asap yang mengeluarkan nitrogen dan sulfur oxides yang boleh membunuh 200,000 – 570,000 orang. Hal ini secara tidak langsung menjamin kelestarian bumi. Selain itu, pelbagai alternatif lain boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan petrol seperti berjalan kaki ke tempat yang dekat, menunggang basikal dan berkongsi kereta. Jika perlu menggunakan kenderaan sendiri, pengguna boleh menggunakan biodiesel atau gas asli kenderaan (NGV). Periksa kereta secara berkala, penalaan enjin dan tayar kereta yang mencukupi kadar anginnya mampu menjimatkan petrol. Langkah yang lebih baik adalah tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.
Penggunaan yang lestari juga sangat peka tentang kesihatan kendiri dan sekitarnya. Oleh itu amalan merokok harus ditinggalkan, dicegah dan dielakkan berada di sekitar perokok. Hal ini kerana aktiviti merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok tetapi melibatkan penghidu asap yakni masyarakat sekitarnya. Kandungan asap rokok yang tinggi bahan toksik seperti gas methanol, monoksida, tar dan nikotin mampu menyebabkan kanser dan pencemaran alam.
Amalan membawa makanan di sekolah atau di tempat kerja juga boleh menjamin kualiti hidup. Masyarakat yang mengamalkan membawa bekal dapat menjimatkan belanja, mengamalkan pemakanan yang sihat dan terjamin kebersihannya. Selain itu masak di rumah dan elakkan makan di gerai dengan kerap juga mampu membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna. Hal ini kerana makanan yang dijual di luar diragui kebersihannya, keselamatannya dan sejauh mana ia halal.
Kesimpulannya, pengguna harus sedar dan mengubah sikap bermula hari ini. Pengguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar akan menjalani dan melaksanakan amalan penggunaan lestari demi masyarakat dan alam sekitar. Kelestarian bumi harus dijaga bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, amalan lestari juga dapat membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi kualiti hidup yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan masyarakat.

Jumaat, 11 Mei 2012
Habatus Sauda
sejenis benih pada bunga rupannya.. namun khasiatnya ternyata luar biasa ..
Kini proses habatus sauda sudah mengalami inovasi yang setaraf dengan arus modenisasi semasa bertepatan dengan keperluan masyarakat yang mahukan sesuatu yang pantas dan segera. Pengguna boleh mengambil produk ini melalui cecair kapsul, dalam madu, sabun,minyak dan butiran asli yang boleh terus ditelan. Rasa yang asli agak pedas. anda boleh masukkan dalam masakan atau gunakan ketika menggoreng ayam atau cekodok. masukkan dalam adunan tepung dan boleh buat goreng. ibarat bijan hijam gitu... try k..
ada jugak dalam kopi dan makanan lain..
Khamis, 10 Mei 2012
katak oh katak
Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. Tiba-tiba 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang lalu seekor dari mereka menjerit.
Katak-katak yang lain menyedari dan mengelilingi lubang tersebut.
Lubang itu terlalu dalam. Kelihatan dua ekor katak itu sedang berusaha melompat keluar. katak2 lain pun berteriak "alahai tak payah lompat sangat la memang ajal korang dah sampai. Korang tak kan dapat keluar punya."
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar walau dihujani tomahan. Namun akhirnya salah satu katak itu menyerah lalu mati.
tinggal lagi seekor yang nampak degil dan tetap berusaha. walaupun rakanya yang lain mengesanya berputus asa. dia berusaha melompat sambil tersenyum girang dan tertawa.
Dengan satu lompatan yang kencang, ia berhasil sampai ke atas.
Katak-katak yang lainnya hairan dan bersorak bangga dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya " kau tak dengar ker tomahan kami?"
Lalu katak itu tertawa gembira dan memeluk rakan2nya. Tiada kata yang mampu dia ucapkan dan hanya membiarkan rakan2 nya bertanya sesama sendiri. Kejadian ini sangat istimewa. Setelah diamati katak2 yang lain sedar bahawa dia adalah katak yang istimewa dia pekak dan bisu. Namun dia menyangka tomahan itu seruan semangat untuknya.
NOTE:
Kata-kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' akan dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-harinya. Sebaliknya kata-kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' dapat membunuh mereka. Berhati-hatilah dengan apa yang ingin diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengertikan bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan. Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusasaan, kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya. Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'semangat' kepada mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
kesulitan bukan halangan
Kesulitan bukan halangan.
Suatu hari, keldai tua milik seorang petani jatuh ke dalam sumur. Keldai itu pun menangis selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya, si petani memutuskan untuk menimbus sumur dengan tanah berserta dengan keldai tuanya itu. Baginya biar la keldai tua itu mati tertimbus sekali gus dapat menutup sumur yang berbahaya kepada manusia. Lalu dia mengajak jiran2 untuk datang membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyerkup tanah ke dalam sumur.
Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana si keldai tiba2 diam tidak menangis. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam sumur. Si petani melihat ke dalam sumur dan tercengang kerana apa yang dilihatnya.
Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh berserkup-serkup tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya itu turun ke bawah lantas ia boleh menaiki tanah itu.
Si petani terus menuangkan tanah ke atas punggung keldai itu. si keldai pun terus menggoncangkan badannya dan merangkak naik. Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi sumur dan melarikan diri.
Demikianlah, "Kehidupan terus-terusan dikenakan timpaan dan cabaran. Cara keldai untuk keluar dari 'sumur' (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan menggunakan segala tanah yang menimpa sebagai injakan ke hadapan.
Setiap masalah-masalah yang kita hadapi merupakan satu batu pijakan untuk melangkah lebih maju. Persoalannya bagaimana kita menjadikan masalah itu sumber muhasabah…. ?
Langgan:
Catatan (Atom)