Khamis, 10 Mei 2012
kesulitan bukan halangan
Kesulitan bukan halangan.
Suatu hari, keldai tua milik seorang petani jatuh ke dalam sumur. Keldai itu pun menangis selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya, si petani memutuskan untuk menimbus sumur dengan tanah berserta dengan keldai tuanya itu. Baginya biar la keldai tua itu mati tertimbus sekali gus dapat menutup sumur yang berbahaya kepada manusia. Lalu dia mengajak jiran2 untuk datang membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyerkup tanah ke dalam sumur.
Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana si keldai tiba2 diam tidak menangis. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam sumur. Si petani melihat ke dalam sumur dan tercengang kerana apa yang dilihatnya.
Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh berserkup-serkup tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya itu turun ke bawah lantas ia boleh menaiki tanah itu.
Si petani terus menuangkan tanah ke atas punggung keldai itu. si keldai pun terus menggoncangkan badannya dan merangkak naik. Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi sumur dan melarikan diri.
Demikianlah, "Kehidupan terus-terusan dikenakan timpaan dan cabaran. Cara keldai untuk keluar dari 'sumur' (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan menggunakan segala tanah yang menimpa sebagai injakan ke hadapan.
Setiap masalah-masalah yang kita hadapi merupakan satu batu pijakan untuk melangkah lebih maju. Persoalannya bagaimana kita menjadikan masalah itu sumber muhasabah…. ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan