Isnin, 28 Mei 2012
.
Golongan orang yang dirugikan Allah dunia dan Akhirat adalah orang yang hanya taat separuh separuh sahaja. Yakni orang yang beriman tanpa sungguh -sungguh.
Jika Allah memberi nikmat kepadanya dia tetap dalam keadannya dan jika Allah mendatangkan musibah dia akan melencong akidah. sesungguhnya mereka dalam kerugian yang nyata.
"'surah AL Hajj ayat 11'"
Memang ada orang macam nie. Islam atas nama. Jika mendapat ujian hilang pertimbangan. contohnya, (mcm karangan lak ada contoh)
Ujian harta - menjadi punca kesombongan ketamakkan,ujian kewangan - minum arak berjudi, ujian keluarga -tidak sabar, menderhaka.
Ujian pekse - huhu meniru
Semoga kita tidak tergolong dalam lingkungan ini.
Analoginya, cuba kita bayangkan kalau kita masuk sesuatu pertandingan untuk menjadi juara kita perlu bersungguh -sungguh. At least dapat tempat pertama, kedua atau ketiga. Kita kena ikut peraturan pertandingan dan sanggup menerima pelbagai syarat pertandingan. Nak menang la katakan. then kte menang dapat hadiah dan habuan. Tp jika kte tak menang kita hanya dapat penat dan kerugian. Memang kita akan dapat pengalaman, tp bermakna ke pengalaman yang kita dapat tanpa berusaha. Mungkin hanya layak di panggil pengajaran.
Analogi lain, ada ker majikan yang nak gajikan pekerja yang pemalas, x dengar arahan, dan sambil lewa. wat meluat bos jer an. silap2 lambung kat sungai je.. ada ker isteri atau suami yang nak pasangan yang suka mungkir janji? Bayangkan pula kerenah kita pada pencipta. Allah Maha pengampun.
Setiap gerakan kehidupan perlu disertai komitmen dan kesungguhan. Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan. Pentingnya kesungguhan ini harus kita aplikasikan dalam amalan beragama. Insyallah orang yang bersungguh ini pasti mendapat tempat di dunia dan akhirat. Persoalannya sejauhmana usaha kita pada agama yang boleh dilabelkan sebagai umat yang bersungguh-sungguh.
Saya sendiri masih sedang mencari kelemahan saya. terlalu banyak untuk dipelajarindan diamalan. Jika hari ini kita hanya solat lima waktu, maka tinggkatkan dengan menghayati makna bacaan solat itu. jika hari ini kita jarang membaca al quran, tingkatkan bacaan setiap hari dengan membaca mahfumnya. Jika hari ini kita kurang bersopan berusahalah menjaga tingkah untuk menjadi orang yang beraklak. Semua ini perlu saya lakukan. Anda bagaimana?
Bak kata pepatah, "Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenggan" "alang2 genggam bara api biar sampai jadi abu" "alang2 menjadi Islam biar layak dikasihi yang satu".
Ahad, 27 Mei 2012
Fenomena jual beli yang tidak adil, wujud unsur penipuan dan syubhah perlu dihadapi oleh pengguna secara bijaksana dan berhikmah. Penyelewengan pengusaha ini wujud di mana jua terutama di laman maya. Kelalaian dan kekurangan pengetahuan pengguna telah membenarkan penyelewengan ini berlaku. Pengguna sering melupai hak mereka. Sekiranya ditipu atau tidak berpuas hati dengan pembelian sesuatu barang dan perkhidmatan, pengguna berhak untuk bersuara dan mendapat ganti rugi. Suara–suara pengguna inilah yang akan mengubah kekangan yang berlaku dalam masyarakat sekiranya disampaikan dengan telus dan berkesan. Malangnya pengguna yang tampil membuat aduan dalam konteks masyarakat Malaysia pula amat sedikit dan tidak mampu membina benteng perlindungan yang berkesan untuk tempoh yang panjang. Lantaran itu rakyat harus bangkit membuat aduan setiap kali diperdaya atau ditindas oleh pengeluar dan penjual yang tidak bertanggungjawab. Pengguna boleh merujuk kepada badan organisasi yang melindungi pengguna untuk mendapatkan pendekatan dan pendedahan yang bersesuaian. Oleh itu, penyampaian aduan haruslah berkesan dan efisien agar kemaslahatan ini cepat di rungkai.
Merujuk kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang berpusat di Petaling Jaya Selangor, pengguna boleh mengemukakan aduan mereka menggunakan pelbagai cara dan etika seperti berikut:
a) Tindakan sendiri.
Mulakan dengan membuat sedikit protes dengan cara berhenti daripada menggunakan barang dan perkhidmatan yang berkenaan. Jika masalah yang dihadapi melibatkan tuntutan, kita perlu berhadapan dengan penjual secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian. Bersemuka adalah cara yang lebih cepat jika dilakukan dengan bijaksana. Pengguna perlu membawa barang, resit dan bukti pembelian bersama-sama sebagai bukti.
b) Aduan melalui telefon.
Pengguna juga boleh membuat aduan melalui telefon. Pengguna boleh membuat panggilan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap barang yang menimbulkan masalah kepada mereka. Kebiasaannya, pengguna akan diminta untuk datang semula ke kedai atau pasar raya yang berkenaan dengan membawa barangan yang terlibat serta sebarang dokumen yang boleh menjadi bukti aduan. Beberapa teknik dan cara yang tepat perlu bagi menghasilkan panggilan yang berkesan. Catatkan nama orang yang telah bercakap dengan kita mengenai aduan itu, tarikh, masa, nombor aduan serta apa yang telah diperkatakan.
c) Aduan secara bertulis.
Pengguna juga boleh membuat aduan secara bertulis. Ini merujuk kepada surat aduan yang mengandungi butir-butir yang berkaitan aduan kepada penjual. Sekiranya pengguna mempunyai surat jaminan atau waranti, sertakan salinannya bersama-sama surat aduan.
d) Tindakan secara kolektif.
Pengguna boleh mengambil tindakan secara kolektif dengan mengumpulkan pengguna yang mengalami masalah yang sama untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa.
Pengguna juga boleh menggunakan bantuan media masa untuk dijadikan medium penyampaian aduan mereka seperti akhbar, majalah dan liputan daripada siaran televisyen. Sungguhpun pelbagai cara tersedia untuk dilakukan, pengguna harus bijak mempraktikkan teknik aduan mereka agar lebih berkesan.
Oleh itu, teknik pengaduan juga harus diperbaiki agar bersesuaian dengan krisis pengguna. Menurut John Tschohl dalam bukunya Pelanggan Adalah Raja telah menggariskan sepuluh panduan untuk membuat pengaduan yang berkesan. Langkah yang diketengahkan sangat bersesuaian untuk dijadikan panduan serta bertepatan dengan piawaian hak-hak pengguna yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia.
Pertamanya, pengadu perlu memastikan kes yang diketengahkan mempunyai fakta yang tepat dan lengkap. Pengadu perlu merujuk semula maklumat berkaitan dengan peristiwa yang berlaku seperti tarikh, nama dan lokasi kejadian. Maklumat yang tepat perlu dikumpul dan didokumenkan. Pernyataan yang dikemukakan juga memerlukan bukti dan hendaklah dilampirkan bersama. Antara dokumen tersebut ialah resit, surat jaminan, tarikh, nama penjual dan surat-surat yang berkaitan. Semua dokumen ini amat berguna apabila kita ingin membuat aduan. Selain itu, dokumen yang berkaitan dengan pihak pengadu dan pihak pengusaha seperti maklumat syarikat pengusaha harus diberi kepada agensi yang menerima aduan. Dapatkan nama dan jawatan orang yang berurusan dengan kita bagi mengukuhkan aduan. Terdapat juga pengguna yang peka dengan membuat rakaman ketika mengalami krisis dalam urusan perkhidmatan yang diterima. Langkah ini wajar diteladani dan boleh dijadikan bukti yang kukuh.
Sebagai langkah keselamatan, pengguna perlu mewujudkan sebuah dokumen yang berkaitan dengan urusan jual beli. Maklumat yang penting dan berkaitan perlu disimpan dalam fail atau dokumen tersebut agar dapat membantu kita semasa membuat aduan. Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu masalah berkaitan dengan pembelian. Kita boleh menaipnya dan menyusunnya semula dalam satu dokumen yang lengkap dan boleh menyokong aduan kita.
Kedua, pastikan aduan yang dibuat mengandungi tuntutan yang jelas. Tuntutan yang jelas bermakna pengguna menetapkan tindakan yang harus dilakukan oleh syarikat terbabit. Pengguna perlu meminta penyelesaian atau tindakan yang khusus agar pihak berkenaan jelas terhadap permintaan mereka. Pengguna wajar membuat tuntutan yang bersesuaian dengan kerugian yang dialami. Cara ini lebih berkesan daripada memberikan pihak syarikat membuat tindakan sendiri.
Pengguna juga perlu mengetahui undang-undang berkaitan kepenggunaan dalam membuat tuntutan. Nyatakan tuntutan yang bertepatan dengan piawaian undang-undang di Malaysia. Rujuk kepada undang-undang atau akta yang berkaitan dengan perkara yang diadu. Sebagai contoh, merujuk akta perlindungan pengguna 1999 yang mengetengahkan pelbagai hak pengguna boleh dibidas semula jika kita gagal diberikan hak yang sewajarnya. Oleh itu, kita perlu menyatakan peruntukan undang-undang yang berkaitan di dalam surat aduan atau panggilan. Tindakan ini mencerminkan sikap pengguna yang peka dan prihatin. Pengguna yang berpelajaran mampu mempengaruhi tindakan pengusaha untuk mengikuti lunas undang-undang.
Segelintir pihak syarikat melihat bahawa pengguna tidak layak untuk membuat tuntutan. Hakikatnya, pengguna wajar menuntut hak sendiri. Kita tidak boleh berdiam diri. Kebanyakan di antara kita tidak mahu membuat tuntutan kerana perkara sebegini jarang dibuat dan pengguna tidak yakin untuk melaksanakannya.
Ketiga, bawa aduan kita kepada presiden syarikat jika tidak mendapat layanan atau tindakan pihak pengurusan atau bahagian khidmat pelanggan. Walaupun tindakan ini agak bertentangan dengan prosedur protokol, tetapi ia relevan jika permintaan kita ditolak oleh pihak bawahan. Jika orang yang melayani aduan kita nampaknya tidak mampu atau keberatan membantu, bawa aduan kita kepada penyelia atau ketuanya. Melalui cara ini kita mudah menerima tindak balas daripada aduan kita kerana pengurus atau president akan membawa masalah kita ke pengetahuan orang yang bertanggungjawab menguruskan masalah kita. Seterusnya layanan yang sepatutnya akan diberi kepada kita.
Selain membuat aduan, kita juga boleh memberi surat aduan kepada pihak atasan demi mendapatkan perhatian dengan lebih berkesan dan cepat setelah diabaikan oleh pihak bawahan. Kebanyakan syarikat sangat mengambil berat tentang kepuasan pelanggan. Lantaran itu, mereka tidak akan membiarkan pihak syarikat mengabaikan kepuasan anda. Tindakan seterusnya dari pihak syarikat perlu anda ikuti seperti mengadakan temu janji dan rundingan untuk mengatasi masalah anda dan meminta anda hadir menuntut ganti rugi.
Keempat, jangan kemukakan aduan kita kepada orang yang tidak mempunyai kuasa atau kewibawaan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini kerana permintaan kita tidak dapat tertunai seperti yang dikehendaki. Sebaliknya membuang masa pengguna. Bertindak bijak dengan membuat aduan kepada pihak yang tepat. Selain itu, kita tidak perlu memberi aduan kepada orang yang enggan memberi nama dan jawatan mereka. Kemusykilan kepada pihak yang menerima aduan akan menyebabkan pengguna tidak yakin terhadap keberkesanan aduan. Aduan yang hendak disampaikan mungkin akan melibatkan banyak pihak. Selain daripada pihak syarikat yang menyeleweng, kita juga boleh membuat aduan kepada pihak berwajib. Pengguna boleh mengemukakan aduan menggunakan pelbagai medium yang terdapat dalam negara. kita juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk membuat aduan.
Kelima, langkah seterusnya jika kita tidak menerima apa-apa tindak balas dari aduan terdahulu, pengguna perlu membuat aduan susulan dan mengulangi aduan untuk mendapatkan perhatian pihak terbabit. Situasi ini perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan tegas. Buktikan kita serius dan tidak main-main. Nyatakan bahawa kita tidak mahu masalah tersebut berlarutan tanpa sebarang tindakan daripada pihak syarikat. Lebih baik jika kita menyatakan untuk tidak mahu mengulangi aduan itu berkali-kali. Nyatakan pada kali pertama kita membuat aduan.
Keenam, bertutur dengan nada suara yang tegas dan berkeyakinan. Kajian menunjukkan mereka yang bertutur dengan tegas dan yakin telah menimbulkan persepsi yang positif pendengar dan penonton. Masyarakat yang bertutur dengan yakin dan serius dipandang berilmu dan disegani. Cuba kawal emosi kita ketika membuat aduan. Sekiranya kita tidak dapat mengawal perasaan, kita tidak akan dapat mengemukakan aduan secara berkesan. Bertenang dan susun strategi yang berkesan ketika membuat aduan.
Ketujuh, Kumpulkan fakta dan statistik. Pengguna boleh mengumpul data dan statistik berkaitan dengan perkara yang diadu untuk membuktikan kesahihan aduan mereka. Dapatkan bukti ketika menyedari berlakunya sesuatu masalah, cuba dapatkan maklumat lanjut yang boleh membantu pengguna dalam membuat aduan, contohnya mengambil gambar barangan yang rosak tersebut untuk dijadikan bukti. Lihat sama ada pengguna lain turut menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secara kolektif. Sedikit kajian perlu bagi menjadikan usaha kita berbaloi. Menurut John dalam bukunya seorang pengguna bertindak bijak dengan
Kelapan, kita juga harus bersikap rasional dalam membuat tuntutan pada aduan kita. Berikan tempoh yang masa yang berpatutan bagi pihak syarikat untuk mengambil tindakan. Jangan menuntut sesuatu yang tidak relevan atau tidak bersesuaian dengan tanggungan kita. Toleransi ini akan memberi keharmonian pada kedua pihak dan pengguna juga akan dapat ganti rugi daripada kerugian tanpa wujud ketegangan. Kebanyakan syarikat yang berkaliber tidak memerlukan banyak masa untuk membaiki kesilapan mereka. Lihat pada situasi pengguna yang mengadu. Jika pengguna membuat panggilan telefon dan aduannya mendapat perhatian, pengguna boleh menunjukkan rasa puas hati terhadap permintaannya. Jika sebaliknya anda perlu menggunakan alternatif lain contohnya menulis surat.
Kesembilan, anda perlu mendapatkan kepastian semula pada akhir perbualan atau aduan anda yang melibatkan persetujuan pihak terbabit. Anda perlu mengulangi segala persetujuan atau janji yang diberikan oleh wakil syarikat kepada anda. Wujudkan dialog dengan jelas tanpa segan silu seperti “Oleh itu, benarlah pihak tuan akan membayar semula kerugian saya sebanyak RM30.00. Saya akan hadir di premis tuan untuk mendapatkannya”. Atau, “ pastikan pihak tuan kredit kan kepada saya sejumlah RM30.00 dalam tempoh tiga hari sebagai tanda tanggungjawab pihak tuan”.
Langkah kesepuluh, Sentiasa ikuti dan catatkan perkembangan aduan mengikut kronologi termasuk panggilan telefon dan temu janji. Simpan salinan setiap bukti aduan yang anda hantar seperti surat, email, atau panggilan. Tindakan ini bertujuan untuk menjadi bukti tindakan anda dan menguji sejauh mana kecekapan pihak terbabit bertindak untuk menyelesaikan masalah anda mengikut ukuran masa. Jika penerima panggilan menunjukkan kesibukannya untuk melayani aduan anda, lebih baik anda membuat aduan melalui surat. Buat aduan secara bertulis. Pastikan perkara yang diadu dinyatakan dengan jelas. Surat tersebut hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Sekiranya perlu, lampirkan salinan dokumen asal. Pastikan anda tidak menghantar resit, kad jaminan dan bukti pembelian asal yang lain. Sebaik-baiknya, salinan surat tersebut turut dihantar kepada pihak-pihak lain yang boleh membantu mendapatkan penyelesaian, seperti agensi kerajaan yang berkenaan, persatuan pengguna yang berhampiran, persatuan penduduk atau akhbar-akhbar yang mempunyai ruangan khas aduan pengguna. Catatkan kekerapan anda membuat aduan. Catatkan juga respons daripada pihak terbabit.
Jika anda telah membuat aduan seperti cara-cara yang dinyatakan di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan penyelesaian dan memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi pihak berwajib. Pengguna Malaysia sangat beruntung kerana pihak kerajaan sangat prihatin terhadap nasib pengguna yang sering menjadi mangsa pengusaha yang tamak. Sebanyak 11 agensi perlindungan pengguna telah dibangunkan untuk dijadikan medium pengaduan. Antaranya adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA), Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jelas di sini, keprihatinan kerajaan melambangkan pentingnya usaha mengharmonikan fenomena jual beli yang telus dan saksama. Selain daripada berbangga, rakyat Malaysia harus bijak menggunakan khidmat yang ada untuk membantu kerajaan menangani masalah kepenggunaan yang berlaku dalam masyarakat melalui aduan. Oleh itu beberapa panduan boleh digunakan oleh pengguna untuk membuat aduan secara berkesan dan berhikmah.
Kesimpulannya, usaha untuk memurnikan urusan jual beli adalah cabaran besar buat anda jika anda mahu bermula. Kini majoriti pengguna Malaysia menganggap isu pengguna sebagai satu perkara remeh. Mereka cenderung menganggap pengadu bersikap aneh berbanding nasib yang dialami oleh si pengadu yang pedih. Kebanyakan mereka tidak mahu membesar-besarkan isu dan menganggap perkara ini membuang masa malah sesetengahnya hanya mampu mengeluh apabila mereka secara langsung terlibat dan perlu mendapat ganti rugi. Hal ini mungkin kerana pendidikan kepenggunaan yang kurang dalam kalangan rakyat dan situasi penindasan yang menjadi kebiasaan dalam senario kehidupan mereka. Penentangan yang wujud pula dianggap luar biasa. Lantaran itu, etika dan strategi dalam pengaduan harus proaktif dan efektif agar tindakan ini mampu mengubah corak kezaliman yang berleluasa hari ini. Sebagai pengguna yang lestari, kita perlu berfungsi sebagai insan yang berilmu dan berhikmah bagi menangani kekangan ini. Oleh itu, masyarakat dan pihak tertentu wajar bersikap siaga berdiri di paksi yang asli dan mencipta resolusi dalam urusan jual beli agar lebih lestari.
mimpi mahluk
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Asalamualikum.
saya gusar mimpi saya x keruan sejak kebelakangan ini. Sebelum ini saya bermimpi melihat warna hitam sahaja, kemudian mimpi membuang air besar dan dilihat orang, kemudian saya bermimpi warna putih sahaja dan selepas itu saya bermimpi memegang anak khinzir yang masuk kerumah saya.
Saya mahu bersamak tapi saya terjaga pula. Setelah itu saya bermimpi menaiki tangga ke suatu tempat. Selama 5 hari saya bermimpikan yang saya yakin ada alamat tersembunyi. Saya berharap agar tiada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga Allah membantu saya mengahdapi kesulitan yang mendatang. hurm^^ mood --- x sabar nk tahu mimpi untuk mlm ni pulak---
Sabtu, 26 Mei 2012
pengguna lestari
Bagaimanakah penggunaan lestari boleh membangunkan kualiti kehidupan yang tinggi terhadap pengguna.
Penggunaan secara lestari adalah amalan pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang mencapai tahap kualiti kehidupan yang tinggi yakni tidak berlaku pembaziran dan tidak memudaratkan pihak lain. Amalan penggunaan yang tidak lestari seperti penggunaan barang dan perhidmatan gaya hidup mewah dan membazir hanya mendatangkan kepuasan terhadap individu sahaja tetapi tidak terhadap masyarakat sekitar dan alam sekitar. Amalan yang tidak lestari ini akan menyebabkan lambakan sampah sarap, eksploitasi alam secara meluas dan menyebabkan kerosakan alam. Lantaran itu, pihak pengguna harus sedar akan pentingnya penggunaan lestari dalam menjamin kualiti kehidupan sejagat.
Antara contoh amalan penggunaan lestari adalah menggunakan barangan yang bebas bahan toksik dan pencemar alam atau barangan mesra alam yang terdiri daripada bahan organik, hijau dan di kitar semula. Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan di kitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan. Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.
Kurangkan penggunaan plastik atau polistirena dalam membungkus makanan kerana mengandungi bahan berasaskan petroleum dan tidak boleh di urai. Bahan tersebut adaah jenis degradasi yang boleh kekal selama beratus tahun. Bahan plastik ini lengai pada mikroorganisma, ultraungu, haba dan air. Plastik bukan sahaja menyebabkan masalah pelupusan tetapi juga memberi kesan kepada hidupan marin. Kini teknologi menggunakan bahan ubi kaya sebagai bahan membuat bekas makanan semakin kiat dijalankan. Oleh itu, pengurangan kegunaan bahan tersebut mampu mengekalkan kelestarian alam.
Mengelakkan pembaziran juga penting bagi menjamin kualiti kehidupan. Kehidupan secara bersederhana ini bukanlah bermaksud menjadi lebih miskin tetapi menggunakan sumber secara cekap dan berkhemah. Contohnya penggunaan elektrik dan air harus dijimatkan. Tutup suis elektrik yang tidak digunakan dan gunalah barangan elektrik yang rendah voltan bagi menjamin kelestarian sumber. Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global. Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti penggunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol. Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan. Penggunaan yang kreatif juga boleh meningkatkan penjimatan dan melestarikan sumber alam seperti menggunakan kayu api, kayu balak, pasir dan sumber air selain air paip seperti air hujan, tasik dan sungai. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman dan mencuci kereta. Oleh itu pengguna harus bijak menggunakan kaedah yang boleh meminimumkan pembaziran air.
Pengguna juga perlu mengelakkan daripada membeli barangan yang telah ada di rumah kerana mungkin barangan tersebut akan rosak kerana tidak digunakan. Masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan sebelum berbelanja. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan. Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang turut menjurus kepada amalan penggunaan lestari. Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan penggunaan kenderaan untuk ke tempat-tempat yang berdekatan. Galakan menggunakan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran dan golongan pendapatan rendah dapat menikmati sistem pengangkutan yang lebih baik. Penggunaan kenderaan awam juga dap mengelakkan kesan asap yang mengeluarkan nitrogen dan sulfur oxides yang boleh membunuh 200,000 – 570,000 orang. Hal ini secara tidak langsung menjamin kelestarian bumi. Selain itu, pelbagai alternatif lain boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan petrol seperti berjalan kaki ke tempat yang dekat, menunggang basikal dan berkongsi kereta. Jika perlu menggunakan kenderaan sendiri, pengguna boleh menggunakan biodiesel atau gas asli kenderaan (NGV). Periksa kereta secara berkala, penalaan enjin dan tayar kereta yang mencukupi kadar anginnya mampu menjimatkan petrol. Langkah yang lebih baik adalah tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.
Penggunaan yang lestari juga sangat peka tentang kesihatan kendiri dan sekitarnya. Oleh itu amalan merokok harus ditinggalkan, dicegah dan dielakkan berada di sekitar perokok. Hal ini kerana aktiviti merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok tetapi melibatkan penghidu asap yakni masyarakat sekitarnya. Kandungan asap rokok yang tinggi bahan toksik seperti gas methanol, monoksida, tar dan nikotin mampu menyebabkan kanser dan pencemaran alam.
Amalan membawa makanan di sekolah atau di tempat kerja juga boleh menjamin kualiti hidup. Masyarakat yang mengamalkan membawa bekal dapat menjimatkan belanja, mengamalkan pemakanan yang sihat dan terjamin kebersihannya. Selain itu masak di rumah dan elakkan makan di gerai dengan kerap juga mampu membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna. Hal ini kerana makanan yang dijual di luar diragui kebersihannya, keselamatannya dan sejauh mana ia halal.
Kesimpulannya, pengguna harus sedar dan mengubah sikap bermula hari ini. Pengguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar akan menjalani dan melaksanakan amalan penggunaan lestari demi masyarakat dan alam sekitar. Kelestarian bumi harus dijaga bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, amalan lestari juga dapat membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi kualiti hidup yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan masyarakat.
Penggunaan secara lestari adalah amalan pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang mencapai tahap kualiti kehidupan yang tinggi yakni tidak berlaku pembaziran dan tidak memudaratkan pihak lain. Amalan penggunaan yang tidak lestari seperti penggunaan barang dan perhidmatan gaya hidup mewah dan membazir hanya mendatangkan kepuasan terhadap individu sahaja tetapi tidak terhadap masyarakat sekitar dan alam sekitar. Amalan yang tidak lestari ini akan menyebabkan lambakan sampah sarap, eksploitasi alam secara meluas dan menyebabkan kerosakan alam. Lantaran itu, pihak pengguna harus sedar akan pentingnya penggunaan lestari dalam menjamin kualiti kehidupan sejagat.
Antara contoh amalan penggunaan lestari adalah menggunakan barangan yang bebas bahan toksik dan pencemar alam atau barangan mesra alam yang terdiri daripada bahan organik, hijau dan di kitar semula. Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan di kitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan. Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.
Kurangkan penggunaan plastik atau polistirena dalam membungkus makanan kerana mengandungi bahan berasaskan petroleum dan tidak boleh di urai. Bahan tersebut adaah jenis degradasi yang boleh kekal selama beratus tahun. Bahan plastik ini lengai pada mikroorganisma, ultraungu, haba dan air. Plastik bukan sahaja menyebabkan masalah pelupusan tetapi juga memberi kesan kepada hidupan marin. Kini teknologi menggunakan bahan ubi kaya sebagai bahan membuat bekas makanan semakin kiat dijalankan. Oleh itu, pengurangan kegunaan bahan tersebut mampu mengekalkan kelestarian alam.
Mengelakkan pembaziran juga penting bagi menjamin kualiti kehidupan. Kehidupan secara bersederhana ini bukanlah bermaksud menjadi lebih miskin tetapi menggunakan sumber secara cekap dan berkhemah. Contohnya penggunaan elektrik dan air harus dijimatkan. Tutup suis elektrik yang tidak digunakan dan gunalah barangan elektrik yang rendah voltan bagi menjamin kelestarian sumber. Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global. Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti penggunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol. Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan. Penggunaan yang kreatif juga boleh meningkatkan penjimatan dan melestarikan sumber alam seperti menggunakan kayu api, kayu balak, pasir dan sumber air selain air paip seperti air hujan, tasik dan sungai. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman dan mencuci kereta. Oleh itu pengguna harus bijak menggunakan kaedah yang boleh meminimumkan pembaziran air.
Pengguna juga perlu mengelakkan daripada membeli barangan yang telah ada di rumah kerana mungkin barangan tersebut akan rosak kerana tidak digunakan. Masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan sebelum berbelanja. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan. Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang turut menjurus kepada amalan penggunaan lestari. Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan penggunaan kenderaan untuk ke tempat-tempat yang berdekatan. Galakan menggunakan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran dan golongan pendapatan rendah dapat menikmati sistem pengangkutan yang lebih baik. Penggunaan kenderaan awam juga dap mengelakkan kesan asap yang mengeluarkan nitrogen dan sulfur oxides yang boleh membunuh 200,000 – 570,000 orang. Hal ini secara tidak langsung menjamin kelestarian bumi. Selain itu, pelbagai alternatif lain boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan petrol seperti berjalan kaki ke tempat yang dekat, menunggang basikal dan berkongsi kereta. Jika perlu menggunakan kenderaan sendiri, pengguna boleh menggunakan biodiesel atau gas asli kenderaan (NGV). Periksa kereta secara berkala, penalaan enjin dan tayar kereta yang mencukupi kadar anginnya mampu menjimatkan petrol. Langkah yang lebih baik adalah tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.
Penggunaan yang lestari juga sangat peka tentang kesihatan kendiri dan sekitarnya. Oleh itu amalan merokok harus ditinggalkan, dicegah dan dielakkan berada di sekitar perokok. Hal ini kerana aktiviti merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok tetapi melibatkan penghidu asap yakni masyarakat sekitarnya. Kandungan asap rokok yang tinggi bahan toksik seperti gas methanol, monoksida, tar dan nikotin mampu menyebabkan kanser dan pencemaran alam.
Amalan membawa makanan di sekolah atau di tempat kerja juga boleh menjamin kualiti hidup. Masyarakat yang mengamalkan membawa bekal dapat menjimatkan belanja, mengamalkan pemakanan yang sihat dan terjamin kebersihannya. Selain itu masak di rumah dan elakkan makan di gerai dengan kerap juga mampu membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna. Hal ini kerana makanan yang dijual di luar diragui kebersihannya, keselamatannya dan sejauh mana ia halal.
Kesimpulannya, pengguna harus sedar dan mengubah sikap bermula hari ini. Pengguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar akan menjalani dan melaksanakan amalan penggunaan lestari demi masyarakat dan alam sekitar. Kelestarian bumi harus dijaga bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, amalan lestari juga dapat membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi kualiti hidup yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan masyarakat.
Jumaat, 11 Mei 2012
Habatus Sauda
sejenis benih pada bunga rupannya.. namun khasiatnya ternyata luar biasa ..
Kini proses habatus sauda sudah mengalami inovasi yang setaraf dengan arus modenisasi semasa bertepatan dengan keperluan masyarakat yang mahukan sesuatu yang pantas dan segera. Pengguna boleh mengambil produk ini melalui cecair kapsul, dalam madu, sabun,minyak dan butiran asli yang boleh terus ditelan. Rasa yang asli agak pedas. anda boleh masukkan dalam masakan atau gunakan ketika menggoreng ayam atau cekodok. masukkan dalam adunan tepung dan boleh buat goreng. ibarat bijan hijam gitu... try k..
ada jugak dalam kopi dan makanan lain..
Khamis, 10 Mei 2012
katak oh katak
Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. Tiba-tiba 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang lalu seekor dari mereka menjerit.
Katak-katak yang lain menyedari dan mengelilingi lubang tersebut.
Lubang itu terlalu dalam. Kelihatan dua ekor katak itu sedang berusaha melompat keluar. katak2 lain pun berteriak "alahai tak payah lompat sangat la memang ajal korang dah sampai. Korang tak kan dapat keluar punya."
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar walau dihujani tomahan. Namun akhirnya salah satu katak itu menyerah lalu mati.
tinggal lagi seekor yang nampak degil dan tetap berusaha. walaupun rakanya yang lain mengesanya berputus asa. dia berusaha melompat sambil tersenyum girang dan tertawa.
Dengan satu lompatan yang kencang, ia berhasil sampai ke atas.
Katak-katak yang lainnya hairan dan bersorak bangga dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya " kau tak dengar ker tomahan kami?"
Lalu katak itu tertawa gembira dan memeluk rakan2nya. Tiada kata yang mampu dia ucapkan dan hanya membiarkan rakan2 nya bertanya sesama sendiri. Kejadian ini sangat istimewa. Setelah diamati katak2 yang lain sedar bahawa dia adalah katak yang istimewa dia pekak dan bisu. Namun dia menyangka tomahan itu seruan semangat untuknya.
NOTE:
Kata-kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' akan dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-harinya. Sebaliknya kata-kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' dapat membunuh mereka. Berhati-hatilah dengan apa yang ingin diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengertikan bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan. Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusasaan, kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya. Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'semangat' kepada mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
kesulitan bukan halangan
Kesulitan bukan halangan.
Suatu hari, keldai tua milik seorang petani jatuh ke dalam sumur. Keldai itu pun menangis selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya, si petani memutuskan untuk menimbus sumur dengan tanah berserta dengan keldai tuanya itu. Baginya biar la keldai tua itu mati tertimbus sekali gus dapat menutup sumur yang berbahaya kepada manusia. Lalu dia mengajak jiran2 untuk datang membantunya. Mereka membawa sekop dan mulai menyerkup tanah ke dalam sumur.
Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana si keldai tiba2 diam tidak menangis. Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam sumur. Si petani melihat ke dalam sumur dan tercengang kerana apa yang dilihatnya.
Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh berserkup-serkup tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya itu turun ke bawah lantas ia boleh menaiki tanah itu.
Si petani terus menuangkan tanah ke atas punggung keldai itu. si keldai pun terus menggoncangkan badannya dan merangkak naik. Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi sumur dan melarikan diri.
Demikianlah, "Kehidupan terus-terusan dikenakan timpaan dan cabaran. Cara keldai untuk keluar dari 'sumur' (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan menggunakan segala tanah yang menimpa sebagai injakan ke hadapan.
Setiap masalah-masalah yang kita hadapi merupakan satu batu pijakan untuk melangkah lebih maju. Persoalannya bagaimana kita menjadikan masalah itu sumber muhasabah…. ?
Rabu, 18 Januari 2012
lawak2
teringat zaman kanan2 memang tak lepas tengok doremon setiap sabtu tv 7.. huhu magrib2 lak tue.. ish2 nasib baik budak lagi.. tapi pelik la.. nape usia mempengaruhi kecenderungan kita untuk tidak menonton kartun. mungkin ada orang yang still tengok kartun sampai dah dewasa.. tapi aku dan anda mesti dah berentikan.. huhu
Allah S.W.T ciptakan Nabi Adam
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al-
Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal
menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai
khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di
mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di
dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan
pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam
melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia
adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah
ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya:
"Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?"
Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah
SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah
di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar
yang beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat-
ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan
zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia
mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil
bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya
kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan
perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan
bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna
cerita tersebut pada sesuatu yang lain."
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan:
"Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya,
bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan
membuat kerosakan dan menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan
kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan
menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil
Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka
yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian,
mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah
puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya
mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan
kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun
juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap
hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada
masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan.
Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki
pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT
berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap,
lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu
keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.'
Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS.
Fushshilat: 11)
Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan
langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi
dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan
langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa
yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran
dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya
dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan
Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan
agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil
pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah
SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka
bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa
khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka
akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di
dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami kebingungan.
Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya,
namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka?
Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini?
Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan
kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka
tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang
pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera
menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa
mereka menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS.
al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan
ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan
meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan
terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk
pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para malaikat-
Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri
berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di
muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat
mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal
yang sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan
hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu
karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan.
Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para
malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini
layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit
pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan
penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada
mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai
hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan
hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka
tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab
perwujudannya pada sesuatu.
Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam
adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya
bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan-
haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya
menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam
akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah
yang tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah
SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk
menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal
Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan
barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat
tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh:
"Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT
dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita
dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak
mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog
tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama
kita, manusia."
Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah
di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka
secara terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan
manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan
roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus
difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan
sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah
SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka
apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya
roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud
kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali
Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang
kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya
terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh
kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang
berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah
menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan
kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian
bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di
dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para
malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang
berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu
bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para
malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari
kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud
kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada
yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu
menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang
yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana
Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari
tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga;
sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya
kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya
Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah
berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi
tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan
menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis
di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83)
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan
suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta
kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya
dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam
juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan
mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika
melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya.
Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam,
padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari
mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api
lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya
ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan
tanah dan mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk
yang memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta
kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis
tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap
hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput
ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT
telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya,
Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan
kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.
Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda
tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya
dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda
menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab:
"Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut.
Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal
yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan
keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan
karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan
mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan
karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam.
Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi
kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak
berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga
mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi
dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin
cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para
malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan
secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah
SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab.
Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang
dalam.
Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada
iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis
benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT
mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan
akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau
mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan
kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia
memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja
menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa
keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada-
Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya,
keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat
tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali
kepada mereka.
Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan
kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT
memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu.
Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari
pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui
bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia
mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia
belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan
kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia
penghormatannya. Allah SWT berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu
dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk
menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan,
dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut.
Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan.
Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam
dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu.
Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak-
anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah
rahsia di balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi
Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan
kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas
para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang
orang-orang yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah.
Para malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT
kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka
mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk
menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk
mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan
terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau
ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT
berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini."
(QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT
tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu
berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu
memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam,
beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah
diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah
berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa
sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui
kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka
tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan
yang mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui
kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang
mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang
sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah
memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka
memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana
ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan
pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian
dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui
sebab-sebab kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya,
serta semua hal yang berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan
terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat
mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam.
Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia
laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia
terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara
bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah
kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian
Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang
memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.
Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur."
Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu
datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya:
"Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah
SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya:
"Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa
tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam
menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau
menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan
dariku saat aku dalam keadaan hidup."
Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi
pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang
diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya.
Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di
syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik
di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini,
yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-
Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan
tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu.
Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh
manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian
lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa
maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan
di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain,
yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang
berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi
yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain
menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan
menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat
dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan
dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang
dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua
merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga
mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi
Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas.
Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada
saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami
kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka
menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam
sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan
kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati
segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang
barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah
SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu
termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan
sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan
sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya
melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan
mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam
dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi
Adam.
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan
kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam
dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut,
barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang
memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang
dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon
itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan
pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka
agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka
sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan
memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada
Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha:
121)
Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa
Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab
terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa,
namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab
atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga
disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina
manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal
kekekalan.
Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan
penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya
dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia
mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya,
ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang
wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup
tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah
agar mereka turun dari syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi
Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya
menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT
menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka
bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan
hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada
hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu
(pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang
diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah
keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu,
maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya
kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada
malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali
Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya
ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali
janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan
kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya
kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas
matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat
kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan
kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?'
Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi
keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya
dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan
sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima
taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah
kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi
musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu
petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia
tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)
Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga
kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang
tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di
mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan
seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada
mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan
tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh
kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan
memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah
SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka.
Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di
muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga
keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua
mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati
dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.
Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang
terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat
kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi?
Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama.
Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia
mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan
memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari
syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan
kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada
kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia
mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu
bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan
kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak
mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan
kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang
demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam
memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis
adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab
ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa
Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa
jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah
SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan,
menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar
dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al-
A'raf: 23)
Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke
bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan
Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan
kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya
dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai
dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya
atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum
kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar
(hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar
dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di
mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus
melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi
isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di
bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan
pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar
dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya
dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim.
Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi
tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk
Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang
siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api,
iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan
menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat
meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi,
yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan
membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya,
sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih
baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang
perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang
perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut
pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak
Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan
keturunannya.
Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam
menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal
kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang
pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh
saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya
yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan
Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya
mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari
mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS.
al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya
untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk
menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang
dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan
menolak korban yang lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil:
'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang
bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku
untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan
tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada
Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat-
kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai
syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si
pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam,
namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang:
Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa
membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi
penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-
orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu
membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari,
saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan
pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung
Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang
belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat
membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia
mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak
laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur
darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh
menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari
tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar
mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak
pucat wajahnya.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak
berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya
kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh
terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa
yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya
kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka
berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan.
Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di
depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya,
dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu
merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak
diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu
membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia
merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor
burung gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati.
Burung gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di
atas tanah lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua
kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan
meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya
di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si
pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya
dan kemudian berteriak:
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu
berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan
saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah
dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia
adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh
orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu
dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh
si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali
kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi
Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu
anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh
syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia
kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia
yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati
anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk
menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada
mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau
menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan
menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh
saudara kandungnya sendiri.
Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih
berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu
malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah
daun-daun pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan-
dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan
ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai
berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa
pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan
menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara
itu, di langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya
bulan menerobos kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah
Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dan lebih muram dari
wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan
janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur
dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri
di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan
memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan
bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat
menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu
adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan
membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan
mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan
mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat-
mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu
hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi
Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya
dan mengelilinginya. Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan
kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau bunga syurga.
Langgan:
Catatan (Atom)








